Sunday 25 May 2014

Bagaimana Cara Untuk Menghilangkan Parut Jerawat Muka Anda dengan Cara Mudah!




Menggunakan Putih Telur:

Putih telur ini kaya dengan protein dan asid amino. Dengan protein dan asid amino ini putih telur ini mempunyai ciri-ciri penyembuhan kulit wajah yang berkesan. Dengan protein dan asid amino ini, putih telur mampu untuk menutup dan mengetatkan liang-liang muka sekaligus menghilangkan parut jerawat sedikit demi sedikit hingga parut jerawat anda berkurangan.

Cara penggunaan:

1. Asingkan kuning telur dan putih telur(guna putih telur sahaja)

2. Urut muka perlahan-lahan dengan putih telur. Tumpukan pada bahagian yang berparut sahaja.

3. Biarkan putih telur itu kering diwajah anda. Tunggu beberapa minit.

4. Bilas wajah anda untuk membersihkan putih telur itu. Gunakan air suam untuk membilas wajah anda. Air suam dapat menyihatkan lagi wajah anda.

Lakukan kaedah ini 2 hingga 3 kali seminggu. Anda akan nampak kesannya.

Sunday 18 May 2014

KURUS DENGAN SHAKLEE

Shape UP Set Shaklee

Mula-mula kita perlu faham apakah sebenarnya yang menyebabkan badan kita naik atau kurus dengan cepat. Tahukah anda, pengambilan makanan berlemak sebenarnya bukan faktor utama yang menyumbang kepada kegemukan. 

Berat badan mungkin akan menurun sekejap bila kita kehilangan jisim otot.
Jisim otot ‘mengecut’ akan menyebabkan berat badan seolah-olah cepat turun kerana otot lebih berat dan padat daripada lemak.

Kehilangan jisim otot akan menyebabkan pembakaran lemak lebih lambat, dan merendahkan metabolisma. Kesannya, bila kita dah berhenti mengikuti program diet tersebut, kita mungkin akan mula makan seperti biasa tetapi badan kita sudah tidak membakar kalori seperti dulu. Akhirnya, kita akan lebih gemuk dari sebelumnya!



Justeru tu, nak ilangkan berat badan kenalah berperingkat....pastikan produk yang diambil selamat. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.....kat luar tu berlambak "ubat kurus" yang kesannya memang cepat tapi sementara.

Shaklee juga menawarkan kombinasi cadangan supplement untuk pengurusan berat badan. Shape Up Set antaranya. Walau bagaimana pun, terdapat banyak supplement yang boleh dicadangkan....boleh adjust ikutkeperluan dan bajet anda.


Kebaikan Shape up set :

✓ Badan yang lebih langsing dan rapi
✓ Nampak lebih anggun
✓ Rasa unggul
✓ Rasa lebih bertenaga
✓ Meningkatkan keyakinan diri
✓ Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Secara ringkas fungsi setiap produk.

1- HERBLAX


✓ Mengempiskan perut
✓ Merangsang usus untuk proses pembersihan secara lembut
✓ Membantu proses pembuangan toksin
✓ Membersihkan darah, usus dan hati
✓ Membantu masalah lebihan air dalam badan

2- LECITHIN



✓ Memecahkan lemak dan kolesterol
✓ Bertindak sebagai "pembersih" salur darah
✓ Menghalang obesiti
✓ Membantu mempercepatkan pembakaran lemak
✓ Mengaktifkan metabolisma sel
✓ Menghalang enapan lemak di hati

3. CINCH SHAKE (terdapat 3 perisa Cafe Latte, Vanilla dan Chocolate)



✓ Campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan LEUCINE - asid amino untuk memelihara otot semasa menurunkan berat badan, OTOT = METABOLISMA (menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori)
✓ 24 gram protein setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang
✓ Membantu mengawal lapar
✓ Meningkatkan tenaga


4. CINCH ENERGY TEA MIX



✓ Penggalak tenaga semulajadi
✓ Meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak
✓ Membantutkan pembinaan sel lemak
✓ Mengurangkan selera makan

5. ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)



✓ Rasa kenyang lebih lama
✓ Membantu kekal bertenaga sepanjang hari
✓ Meningkatkan metabolisme kerana tubuh memerlukan lebih tenaga untuk mencernakan protein
✓ Mencegah kehilangan tisu otot sepanjang tempoh berdiet sihat

6. OMEGA GUARD


✓ Membakar lemak
✓ Mengurangkan selera makan
✓ Meningkatkan metabolisme
✓ Mengawal rasa lapar
✓ Mengawal paras gula dalam darah
✓ Menghalang pembentukan lemak

7. ALFALFA


✓ Menyingkirkan lemak
✓ Mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol
✓ Menghilangkan kelesuan
✓ Mencuci usus bagi membuang toksik
✓ Meneutralkan asid dalam badan
✓ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
✓ Melegakan sembelit
✓ Membuang angin dalam badan



Segala pertanyaan / konsultasi boleh hubungi saya :

Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy

Saturday 17 May 2014

MAKANAN & KEGEMUKAN

Hari ni agak free, so tak de ape nak buat memandangkan anak anak sibuk dengan i pad masing masing..
Jom sambung entry tadi...Kita dah pun tahu apa itu gemuk dan apakah yang menyebabkan kita gemuk...tapi apa plak jenis makanan yang boleh menggemukkan?????????



10 Makanan Paling Menggemukkan 

1. Nasi Lemak.

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak? (ini antara menu sarapan yg paling digemarii rakyat Malaysia)


2. Roti Canai.

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.


4. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger

Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.


7. Makanan bergoreng.

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.


9. Roti Manis dan Donut.

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

~ Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. 

~ So, pandai pandailah kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari.



Salam sayang,

Atie Kamis | 913425
Call / SMS/ whatsApp : 011 2883 9331
FB Page : Nutri Healthy




KEGEMUKAN @ OBESITI







Kegemukan adalah kelebihan lemak tubuh yang dialami oleh seseorang secara kronik. Pada kondisi normal, lemak tubuh berfungsi sebagai cadangan energi, pengatur suhu tubuh, pelindung dari trauma dan fungsi fungsi lainnya.





Sedarkah anda, apakah PUNCA KEGEMUKAN

(1) Tidur terlalu sedikit/banyak 

Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.
* waktu yang terbaik untuk tidur adalah pada jam 10 malam hingga 4 pagi




(2) Minuman bergas  

Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

(3) Skip waktu makan 

Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

(4) Makan terlalu cepat 

Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari. 



So, apa nak buat...perbaiki dan ubah cara hidup kepada cara hidup sihat.

Say no to OBES!!!




Salam sayang,

Atie Kamis 
SID 913425
011 2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy


Wednesday 14 May 2014

Assalamualaikum...dah lamanya tak update blog ni...sekarang masalah internet dah selesai..bolehlah update selalu..nantikan entry saya tentang cinch shake Shaklee...


See you soon............

#taksabarnakberkarya

Jom singgah, Like & Share
FB : Atie Kamis
Fanpage : Nutri Healthy 


Haryati Kamis
SID : 913425
PM / whatsApp : 011 2883 9331