Wednesday 17 December 2014

5 MAKANAN MENGGANGGU KESUBURAN MANUSIA


MASALAH ketidaksuburan bukanlah masalah biasa lagi apabila 10 peratus daripada setiap populasi negara menghadapinya.

Setiap 10 pasangan yang sudah berkahwin, satu pasangan pasti mengalami masalah ketidaksuburan.

Wanita sering dikatakan mempunyai masalah tidak subur berpunca daripada gangguan hormon, begitu juga dengan lelaki.

Untuk mereka yang sukar hamil atau untuk mengelakkan masalah ketidaksuburan, anda hendaklah elakkan dari mengambil/ memakan;


1. Makanan yang masam seperti segala Jeruk seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai, Air Limau Nipis, Air Teh Ais Limau & lain-lain

2. Makanan yang tajam & panas seperti nenas, tapai, tembikai, air tebu, air kelapa, rebung, keledek, ubi kayu. & lain-lain lagi

3. Minuman bergas &  beralkohol

4. Makanan yang berangin juga cuba elakkan.


5. Makanan laut seperti kerang, lala, kepah dan juga udang ( makanan berkerang ini mengandungi kandungan toksik yang tinggi). Jika ingin makan udang hendaklah dibuang toksik di belakang badannya yang berwarna hitam tersebut.

Akhir sekali, yang paling penting jangan stress. Stress... stresss... itulah yang paling sukar rasanya. Stress boleh datang bila-bila masa sekiranya kita sendiri tak mampu nak tepis. Sebab apa, stress aka mengganggu kestabilan hormon terutamanya di kalangan wanita.


Salam sayang,

Atie Kamis
Rakan Shaklee Anda