Thursday 9 October 2014

ANAK PERMATA HATI : Mendidik anak

Assalamualaikum, selamat malam. 

Setelah beraya beberapa hari, kini kembali dengan rutin harian semula. Minggu peperiksaan tak lama lagi, kebanyakan pelajar akan menghadapi peperiksaan akhir tahun bermula minggu hadapan. Begitu juga dengan anak saya, permata hati saya. 





Masalahnya anak saya ni kedua-duanya sangat akif dan kurang fokus bila mengulangkaji pelajaran. Mereka lebih berminat dengan dunia luar, minat explore benda-benda baru dan aktiviti riadah. Biasalah kan, budak-budak. Walau bagaimanapun, di sudut hati kecil saya tetap risau dengan perkembangan mereka. Adakah anda juga mengahadapi masalah seperti saya. Hasil daripada Pak Google, ingin saya kongsikan sedikit info yang diperolehi untuk rujukan dan panduan kita bersama.
Antara tip untuk mendidik anak agar lembut hatinya adalah seperti berikut :-

1. Pastikan dia makan malam sebelum waktu maghrib    
  • Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar.  
  • Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap.  
  • Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu menenangkan fikiran anak dan sebagai antibodi badan agar anak kekal sihat.    
2. Banyakkan memeluk anak.     
  • Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji    
  • Agar usaha pembelajaran diberkati
4. Mulakan pembelajaran dengan membaca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah.     
  • Surah Al-Insyirah untuk menguatkan ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Hiasi ruang belajar dengan pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.



7. Bacakan di kepala anak surah Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah     
  • Untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar.     
  • Amalkan membaca pada waktu malam semasa nak belajar, bisikan di telinga anak-anak ketika mereka hampir tidur dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren.     
  • Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
9. Biasakan anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. 

11. Kita sebagai ibu bapa hendaklah semak semula hubungan kita dengan Allah. Back to basic. 

  Antara amalan yang perlu diamalkan oleh ibu bapa adalah :
  • Jaga solat 5 waktu 
  • Melakukan solat taubat beristighfar, solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat witir setiap malam. 
  • Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
  • Mengamalkan membaca Surah Ibrahim, ayat 40. Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
  • Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. 
  • Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
  • Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr, ayat 21-24, Surah Toha, ayat 1-5  dan Ayat Qursi 

  • Amalkan baca Bismillah 3 kali dan memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah dan melangkah dengan kaki kanan dahulu. 
  • Sentiasa membaca zikir Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar.
  • Nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. 
  • Amalkan setiap hari agar dipermudahkan segala urusan oleh Allah Yang Maha Besar. Teruskan berdoa kepada Allah. In shaa Allah

Salam sayang,

Haryati Kamis





Sumber: 

www.tudungsicomel.com
Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

Sunday 5 October 2014

ESP : Soya Non-GMO

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!





Selamat malam. Malam ni ade masa sikit. Sementara menati tetamu berkunjung, saya nak sambung entry tengahari tadi pasal ESP. Seperti yang umum tahu, ESP Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses. Selain daripada Non-GMO soya, ESP juga diproses tanpa baja dan racun serangga. Selaras dengan slogan Shaklee, sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi

ESP adalah energizing soy protien yang lengkap dengan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Kenapa ASID AMINO ini penting??



✅ untuk membina otot
✅ untuk kuku
✅ untuk kesihatan Rambut
✅ untuk darah
✅ untuk organ dan kulit
✅ pengambilan yg KONSISTEN kunci kepada AWET MUDA

Bagaimana ESP meremajakan kulit?



~ ESP merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan PARUT. 

~ Pendek kata, kandungan protein dalam ESP memperbaiki sel dan kulit dari dalam.

Oleh sebabtu, selain selamat ia adalah dari bahan semulajadi. Nak kulit comel, cerah dan gebus kenalah cuba ESP, energizing soy protein daripafa Shaklee. Rugi tau u all tak try esp ni. Satu can tahan hampir dua bulan penggunaan. 


Pesanan dan pertanyaan, hubungi

Haryati Kamis
SID 913425
Call/sms/whatsApp 011 2883 9331

ESP protein pilihan utama kesukaan ramai

Apa itu ESP?




Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.



Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda, lelaki dan wanita.

Asid amino adalah produk yang paling ringkas dalam kumpulan protein... Kenapa kita perlu ambil protein yang terdiri daripada asid amino.. sebab supaya lebih mudah diserap oleh badan secara optimum......



Protein adalah bahan asas yang diperlukan dalam pembinaan sel. Fungsi protein adalah untuk membina & membaiki sel, hormon dan enzim. Jika baik & sihat sel kita, maka baik dan sihatlah tisu, organ, sistem dan tubuh badan kita.

Sampai ketemu lagi di entry seterusnya. Sambung makan lagi 😉.


Salam Aidil Adha,

Haryati Kamis
Shaklee Independent Distributor
011 2883 9331

Thursday 2 October 2014

Rahsia Khazanah Bumi : Daun Kesum



Daun kesum  disebut juga di sesetengah tempat sebagai daun cenohom atau rau ram namanya di Vietnam, phak phai @phrik maa ( Thailand ) adalah tumbuhan renek kategori herba berasal dari Asia Tenggara yang tumbuh meliar di kawasan-kawasan lembap  seperti di tepi parit, sawah dan sebagainya. Ia mudah ditanam dan dijaga kerana sifatnya yang cepat membiak.

Di Thailand ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad. Di Malaysia pula ia dijadikan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti laksa Penang selain dimakan mentah sebagai ulaman oleh mereka yang cenderung menjaga kesihatan secara alami.

Dipercayai ia kaya dengan beta kerotena,vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium,kalsium dan fosforus.
Antara kelebihan daun kesum ini ialah :
  • Menguatkan daya penglihatan ~ khasiat Vitamin A (beta kerotena) meningkatkan daya penglihatan
  • Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman  ~ Amalkan meminum air rebusan daun kesum sama ada dua minggu atau sebulan sekali untuk melancarkan sistem pencernaan.
  • Mengharumkan tubuh
  • Mengatasi masalah keputihan 
  • Mengatasi masalah kelemumur Untuk mengatasi kelemumur, tumbuk sehingga lumat daun ini, tapis dan ambil patinya. Campurkan sedikit air lalu gosokkan perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit sebelum dibilas
  • Baik untuk wanita lepas bersalin
Untuk mengatasi masalah ketidakhadaman, mengharumkan tubuh dan bagi wanita lepas bersalin, anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam. Air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah keputihan. Jika kurang suka dengan baunya, jadikan ulam yang dimakan mentah (suami saya memang makan sebagai ulam ulaman je, makan mentah).

Salam sayang,

Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy

Wednesday 1 October 2014

SEMBELIT !! Trauma yang menyakitkan

Gara-gara anak kedua pernah mengalami sembelit yang agak kronik sehingga perlu dikorek bagi membantu najis keluar, hati saya terpanggil untuk mencari gali tentang sembelit ni. Jom saya share kan apa yang saya dapat untuk info anda semua. Jangan pandang ringan masalah sembelit ni.



Sembelit berlaku apabila anda susah buang air besar kerana sebab sebab tertentu seperti kurang minum air, kurang fibre, ignore perasaan nak 'membuang' dan sebagainya. Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari.
Sembelit juga ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengerang (straining), sakit sewaktu buang air, dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering.

Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.

                                

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Sebab-Sebab berlakunya sembelit:




Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. 

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:



  • Kurang Air adalah perkara pertama yg sering dikaitkan dgn sembelit. ~ Kurang makan serat buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Buat tak tahu perasaan ingin membuang air besar.
  • Kurang bergerak atau bersenam
  • Kesan ubat ubatan spt ubat batuk (codein), ubat gastrik, penenang
  • Stress, sedih dan risau boleh menyebabkan sembelit
  • Perubahan Hormon seperti mengandung, haid, menopouse. 
  • Bagi yang mengandung hormone progesterone yg tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan sembelit.

Umur yang lanjut juga merupakan faktor berlakunya masalah sembelit. Selain itu, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan biasanya mempunyai usus yang kurang aktif dan sakit dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit. Tandas yang jauh dari rumah (tandas kampung) menyebabkan seseorang itu takut untuk keluar malam untuk buang air, juga walaupun nampak remeh, menyebabkan masalah sembelit.

Cara Mengatasinya:

  1. Banyakkan minum air 2-3L sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir
  2. Makan lebih banyak serat, terutamanya dari sumber sayur sayuran, buah buahan, bijirin seperti oat, nestum. Saiz hidangan sehari 3 senduk sayur , 2 hidangan buah-buahan sehari. Serat tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum)
  3. Lakukan senaman, sekurang kurangnya 3kali seminggu tidak kurang drp 45minit. Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.
  4. Paling PENTING jangan malas buang air besar OK 


Salam sayang,

Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy







GLA DAN KECANTIKAN



GLA Complex membantu mendapatkan kulit yang sihat & bebas jerawat

Apa kaitan GLA & kecantikan kulit? Tahukah anda GLA shaklee dapat membantu masalah kulit anda.

~~ GLA Complex bukan sahaja baik untuk kitaran haid dan menstabilkan  hormon badan wanita tetapi juga anti inflamasi dan boleh merawat kulit muka dari dalam. Kandungan minyak borage di dalam GLA Complex ini boleh melembapkan muka dan merawat jerawat terutama yang ada jerawat batu  serta yang ada masalah kulit muka kering dan kasar.

  


~~ GLA juga mengandungi Vita E yang membantu melindungi arteri(salur darah) dan membantu menguatkan sel, membaiki inflamasi kulit seperti alahan, kegatalan, kulit kering yang menyumbang kepada masalah jerawat dan jeragat.



Jom ambil sebiji GLA sehari untuk kulit yang cantik bermula dari dalam.


Kombinasi GLA & ESP untuk kulit bebas jerawat dan jeragat ♥♡♥


Segala pertanyaan / pesanan produk & konsultasi boleh hubungi saya :


Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis

FB Page : Nutri Healthy