Friday 26 September 2014

Makanan segera vs makanan ringan

Bercakap tentang makanan segera / makanan ringan ni, saya percaya pasti ramai yang menyukainya. Hampir setiap rumaha ada peruntukan untuk membeli makan tersebut setiap kali membeli belah. Betul tak?



Makanan proses ataupun makanan segera seringkali menjadi santapan setiap orang saban waktu. Ini kerana penyediaannya yang ringkas dan mudah didapati sesuai dengan kamus hidup kita yang sibuk dengan pelbagai kerja harian. Namun kita sendiri tidak sedar sejauh mana ia akan menyumbang kebaikan kepada kesihatan kita. Makanan segera bukan hanya yang terdapat di mana- mana restoran makanan segera tetapi juga makanan proses yang siap untuk dimakan tanpa melalui proses memasak yang lebih lama dan memerlukan kemahiran memasak. Ia mungkin terdiri daripada makanan dalam tin (ready to eat), makanan yang berasaskan  corak pemakanan barat seperti ‘hotdog', ‘burger' dan sebagainya serta makanan sejukbeku. Keperluan kepada makanan segera semakin ketara kini kerana masyarakat kita pada hari ini lebih cenderung untuk bergerak pantas setiap masa.
Makanan segera merupakan makanan yang mengandungi kurang khasiat pemakanan. Ia juga memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan. Jika ia dijadikan hidangan yang hanya dinikmati sekali sekala, makanan tersebut kurang memudaratkan. Tetapi apa yang dikhuatiri jika makanan segera diambil secara kerap, ia bakal menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. 
Makanan ringan atau snek merujuk kepada makanan atau minuman yang diambil di antara waktu makan utama. Mengambil snek yang tinggi kandungan gula dengan kerap boleh menggalakkan kerosakan gigi.
Tanpa kita sedari, ia akan mendedahkan kepada kita dengan pelbagai penyakit. Antaranya:-
  • kerosakan gigi
  • kencing manis
  • sembelit
  • obesiti
  • tekanan darah tinggi
  • pembuluh darah tersumbat
  • penyakit jantung 
  • kanser usus

So, kita sebagai parent perlulah ambil inisiatif untuk menggantikan makanan ringan anak dengan sesuatu yang lebih berzat seperti jus buah-buahan dan buah-buahan segar sebagai snek mereka. Tak salah memberi mereka menikmatainya sesekali, yang bahayanya bila makanan segera atau makanan ringan ni menjadi rutin makanan harian mereka.


Salam sayang,

Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy

1 comment: