Wednesday 26 February 2014

CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE - meningkatkan metabolisme badan


Cinch Energy Tea Mix. Mula diperkenalkan oleh Mak Shaklee saya iaitu Najihah Sudi. Dengan pelbagai extract tea di dalamnya membuatkan Cinch Energy Tea Mix ni berganda2 lebih hebat daripada teh biasa. 


Antara ekstrak utama yang ada di dalam Cinch Energy Tea Mix ni ialah : 

  1. - Taurina
  2. - Rooibos Red Tea Extract–tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  3. - Green Tea Extract
  4. - White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
  5. - Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun


Jom saya kongsikan fungsi beberapa extract yang ada di dalam cinch tea ni .

1. Fungsi MATCHA GREEN TEA ni adalah sebagai:
- antioksida yang sangat tinggi
- energy booster
- metabolisme booster
- bakar kalori up to 4 x ganda

2. Taurina bertungsi untuk : 
- menggalakkan metabolisme
- lebih bertenaga
- larutkan lemak
- membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3. Fungsi White Tea ialah :
- membakar lemak - lemak berlebihan
- menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu
- meningkatkan metabolisme

4. Fungsi Rooibos Red Tea ialah :
- melarutkan lemak
- meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
- agen detox yang kuat


5. Fungsi Red Tea
- Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat
- Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
- merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

Antara khasiat Cinch Energy Tea ialah :-

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Memang terrbaik dan terhebat utk buang berat yang berlebihan. Oleh yang demikian, saya sangat mencadangkan agar cinch energy tea mix Shaklee diambil oleh orang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti - aktiviti fizikal kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita.






Segala pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi saya di

Atie Kamis
SID : 913425
PM/WhatsApp : 011-28839331

Tuesday 25 February 2014

Makanan Pembakar Kalori


Kalori adalah satu tenaga yang ada pada makanan. Apa yang anda makan memberikan kalori dan akan diproses untuk menjadi tenaga. Sebaliknya, jika anda mengambil kalori yg berlebihan, ia akan diproses menjadi lemak dan menjadikan berat badan anda bertambah.


Kalori juga terdapat dalam beberapa kandungan makanan seperti lemak, karbohidrat dan protein.

♡ 1g lemak = 9 kalori
♡ 1g karbohidrat = 4 kalori
♡ 1g protein = 4 kalori

→ keperluan kalori normal adalah sekitar 2000 kalori

Ramai orang tidak menyedari bahawa kalori diambil lebih daripada keperluan harian (2.000 kalori/ hari) sehingga kegemukan pun menjadi masalah yang dialami hampir setiap orang. Salah satu cara membakar kalori adalah dengan berolahraga atau bersenam.

Walau bagaimanapun, kekangan masa menyebabkan ramai di antara kita mengabaikan aktiviti senaman ini. Tanpa kita sedari sebenarnya corak pemakanan juga memainkan peranan untuk meningkatkan metabolisme diri. Dengan ini, lebih banyak kalori akan dibakar. Terdapat pelbagai makanan yang dapat membantu dalam menigkatkan metabolisme badan. Antaranya ialah :-



  • Teh hijau
         ~ pengambilan teh hijau secara kerap dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme seseorang dan seterusnya membantu membakar kalori dengan lebih banyak.

  • Limau atau cuka
         ~ campuran sedikit limau atau cuka di dalam makanan dipercayai dapat membantu melambatkan rasa lapar. Dengan demikian ia dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan berlebihan secara kerap.

  • Air sejuk
         ~ Tahukah anda bahawa dengan meminum air masak yang disejukkan terlebih dahulu sebanyak lapan gelas sehari dapat membantu membakar 200 kalori (bersamaan seperti berlari sejauh 4.8km).

  • Halia
         ~ Halia dipercayai meningkatkan kadar metabolisme dan membakar kalori bilamana badan memerlukan tenaga tambahan.

  • Cili atau lada
         ~ Cili mengandungi capsaicin yang dikatakan dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya membakar lemak berlebihan dalam badan. Sekaligus, cili  bertindak meningkatkan metabolisme tubuh yang membuat proses pembakaran kalori jadi lebih efektif. Proses pembakaran tersebut biasanya berlangsung 20 minit selepas pengambilan cili




Segala pertanyaan dan konsultasi berkaitan produk Shaklee boleh hubungi saya di :

Atie Kamis
Page : Nutri Healthy
SID : 913425
PM/WhatsApp : 011-28839331

Monday 24 February 2014

2 jenis kolesterol



 Terdapat 2 jenis Kolestrol, iaitu :

• LDL juga disebut "kolesterol jahat" - Sperling menunjukkan bahwa anda berpikir huruf "L" berdiri sebagai Lousy ‘jelek’. Kolesterol LDL dapat menyumbat arteri anda, meningkatkan resiko serangan jantung dan stroke. Sebagian besar orang harus mencapai tingkat kurang dari 100 mg / dL. Namun, mereka yang sudah punya penyakit jantung mungkin perlu tujuan untuk mencapainya di bawah 70 mg / dL.

• HDL adalah "kolesterol baik." Bayangkan huruf "H" berarti Healty ‘sehat’, Sperling menyatakan. Kolesterol jenis ini mengikat ke kolesterol jahat dan membawanya ke liver, dimana ia disaring keluar dari tubuh. Sehingga kolesterol HDL mengurangi jumlah kolesterol jahat didalam sistem anda. Anda seharusnya mencapai 60 mg / dL atau lebih tinggi.

• Triglycerides bukanlah kolesterol tetapi jenis lain dari lemak yang mengapung didalam darah. Hampir sama seperti kolesterol jahat, memiliki tingkat triglycerides yang tinggi dapat meningkatkan risiko kardiovaskular anda bermasalah. Capailah tingkat kurang dari 150 mg / dL.




Berikut merupakan cadangan makanan bagi mengurangkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh iaitu :

1)Tomato.
  • Turunkan kolesterol secara cepat dengan cara meminum jusnya.
2)Bawang putih.
  • Dengan memakan sebiji sehari, maka kadar kolesterol jahat akan berkurang.
3)Buah delima.
  • Ampu dalam mengusir plak lemak yang berkarat di pembuluh arteri.
4)Kekacang.
  • Mengurangi risiko penyakit jantung.
5)Plum.
  • Turunkan kolesterol dengan cepat
6)Ikan dan minyak ikan.
  • Dengan mengamalkan secara teratur setiap hari, maka kadar kolesterol jahat pun menurun drastis.

Selain itu, teh hijau, blueberry, minyak kelapa, buah anggur, minyak zaitun, produk kedelai, minyak kelapa dan alpukat juga sangat baik dan berkesan untuk mengurangi kadar kolesterol jahat dalam tubuh.

Shaklee juga menawarkan Omega Guard untuk mengawal paras kolestrol dalam darah. Nantikan kupasan saya tentang kebaikan dan khasiat Minyak Ikan Omega Guard pada entry yang akan datang.

See you soon !! 

Atie Kamis
Page : Nutri Healthy
SID : 913425
PM/SMS/WhatApps : 011-28839331

Apa itu KOLESTROL?



Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Atie Kamis

Page : Nutri Healthy
SID : 913425
011-28839331

Friday 21 February 2014

Alternatif untuk menguruskan badan

Alhamdulillah, beberapa hari sebelum ni kita telah pun membicarakan tentang KURUS. Bagaimanakah senaman yang sesuai untuk kurus dan cara mudah untuk kempiskan perut atau pun perut buncit.

Bagi sahabat yang baru memulakan aktiviti senaman untuk kurus, jangan terlalu memaksa diri kerana otot akan cedera di sebabkan senaman yang mengejut atau terlalu berat melebihi kemampuan. Apa yang diperlukan adalah aktiviti yang berterusan.

Untuk pengetahuan semua, di samping aktiviti senaman dan corak pemakanan yang betul untuk kurus, terdapat juga suplement untuk menguruskan badan ini. Shaklee menawarkan suplement sebagai alternatif bagi membantu anda menguruskan badan. Terdapat 3 konsep yang dicadangkan untuk kurus iaitu :-

Konsep (3B) Bakar - Buang - Bina 

1- Bakar lemak:
  • Produk : lecithin/omega guard shaklee
  • bertindak sebagai pembakar dan pemecah lemak serta kolesterol.

2- Buang lemak
  • alfalfa complex/herblax shaklee
  • bertindak untuk membuang lemak dan toksin dalam badan
3- Bina otot

  • cinch/esp soy protein isolate powder
  • bertindak membina otot dan mengelakkan kulit dari menggeleber


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk dan konsultasi boleh hubungi saya.

FB : Atie Kamis
Page : Nutri Healthy
Tel/Wasap : 011-28839331
SID : 913425

Thursday 20 February 2014

Senaman Kardio - cara mudah kempiskan perut



Apa itu senaman kardio? 

Senaman kardio ialah sejenis pergerakkan yang berulang-ulang yang boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan berpeluh lebih banyak daripada biasa.

Kelebihan senaman kardio ialah membakar banyak kalori. Jika dilakukan lebih daripada 30 minit, senaman kardio mampumembakar lemak jika kena pada caranya.

Cadangan saya, lakukan senaman kardio 2-3 kali seminggu.

Contoh senaman kardio ialah:

  • Jogging
  • Berenang
  • Berbasikal
  • Menari
  • Skipping
  • Lompat bintang

Cara Melakukan Senaman Kardio


  • Andai kata anda memilih untuk berjogging. Jika anda berjogging pada waktu pagi, sila berjongging sebelum mengambil apa-apa sarapan kecuali air kosong. Jika anda berjogging pada waktu petang, pastikan anda tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman 3-4jam sebelum berjogging kecuali air kosong.
  • Lakukan senaman regangan dan panaskan badan sebelum berjogging untuk mengelakkan kecedaraan dalaman dan melancarkan peredaran darah.
  • Berjongging pada kelajuan sederhana pada 20 minit pertama. Kemudian kurangkan kelajuan pada 10 minit terakhir.
  • Selepas 30 minit berjogging, jangan terus berhenti. Berjalan-jalan lah untuk meredakan penat dan menyejukkan badan.
  • Minum air secukupnya selepas berjogging.



Atie Kamis
011-28839331

Tuesday 18 February 2014

Cinch Shake

Cinch Shake ni memang HOT PRODUK Shaklee untuk kurus. Minuman Cinch Shake berbeza dengan minuman yang lain kerana ia bukan sahaja mengandungi protein berkualiti tinggi yang akan memberikan kita kenyang yang lebih lama dan lebih puas. Perbezaan Cinch Shake dengan minuman protein jenama lain ialah, Cinch Shake mempunyai kandungan Leucine yang berfungsi untuk mengekalkan otot yang bebas lemak. 

Apa pentingnya otot?  Dalam menurunkan berat badan, otot adalah sangat penting kerana otot yang akan membakar lemak dan kalori yang berlebihan dalam badan sekaligus meningkatkan metabolisme badan. Mengikut kajian, 10 pound otot mampu membakar 50kalori!! Jadi boleh dikatakan otot ni adalah agen pembakar kalori yang terbesar dalam badan.



Kenali apa itu Cinch Shake dengan membaca fakta – fakta di bawah . (sumber – laman web rasmi Shaklee) : 
  •       Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  •       Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  •       Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  •       Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  •       Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  •       Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  •       Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  •       Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  •       Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)
Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut

     With love,

     Atie Kamis
     SID : 913425
     FB : Atie Kamis
     Page : Nutri Healthy





6 cara menghilangkan perut BUNCIT.

1. Makanan kaya protein dan rendah lemak



  • Memperbanyakkan pengambilan protein dan kurangkan makanan yang berlemak. Untuk itu, Anda harus mengamalkan diet TINGGI PROTEIN seperti seperti ayam dan kekacang. 



2. Minum banyak air

  • 70% dari tubuh manusia adalah air. Proses metabolisme dapat terjadi karena adanya air dalam tubuh. Maka, perbanyak minum air setiap hari, minimal 8 gelas. Metabolisme yang lancar dapat mengurangi lemak di perut.

3. Makanan kaya serat

  • Serat merupakan salah satu unsur yang penting dalam diet sihat. Fungsi utama serat adalah membersihkan sistem jaringan tubuh, mendorong gerakan usus, dan mendetoksifikasi tubuh. Faktanya, dengan mengonsumsi serat, Anda dapat membakar lebih banyak kalori tubuh. Maka, perut tidak lagi buncit.



4. Hindari pengambilan alkohol



  • Pengambilan alkohol dapat mengganggu kadar gula darah dalam tubuh. Sebaliknya, minum jus buah jauh lebih sihat kerana kaya dengan serat semulajadi.


5. Makanan berlemak padat

  • Makanan berlemak padat mengandungi banyak asam lemak esensial dan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh. Yang terpenting adalah makanan tersebut rendah kalori.

6. Latihan/senaman kardio

  • Semua jenis latihan kardio dapat mendorong peningkatan konsumsi oksigen, yang pada akhirnya menghilangkan lemak di tubuh. Dengan senaman kardio, kita boleh membakar kalori dan seterusnya menonjolkan otot-otot pada badan kita dan sekaligus perut kita akan kempis. 


Segala pertanyaan dan sekiranya ingin berkongsi pengalaman, feel free to contact me :

Haryati Kamis (SID : 913425)
FB : Atie Kamis
Page : Nutri Healthy
HP : 011-28839331

Saturday 15 February 2014

Multivitamin tertua dunia - Vita Lea Shaklee

Vitalea - Multivitamin Pertama Dunia




Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

Vita lea ialah multivitamin & mineral yang pertama dicipta dan tertua di dunia. Bayangkan vita lea sudah berada di dunia sejak 55 tahun yang lalu!! Lebih kurang baya mak - mak kita vita lea ni.. Sangat lama dan sangat dipercayai kerana kesannya yang memang pasti dan mengkagumkan.


Anda boleh makan 40 jenis lauk dalam satu - satu masa? Ianya memang mustahil kan? Untuk dapat hasil seolah - seolah kita mendapat zat dan nutrisi daripada 40 jenis lauk ialah dengan mengambil 2 biji vita lea. Ya, 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk!! Hebat!!!

Yang paling best mengenai vita lea ni, terdapat ujian klinikal yang membuktikan dengan pengambilan Vita Lea selama setahun boleh kurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% tuhhh. So , nak xnk .. Suka xsuke.. Memang wajib telan vita lea ni hari - hari!! 

Antara manfaat utama vita lea ialah :

* penambahan tenaga segera - pemberi tenaga , kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. 
* pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutama mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
* keupayaan sistem produktif
* metabolisme
* elemen penting pada sel tubuh
* melindungi organ

Credit : Mama Jiha @ Cikreramacantik

FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy
SID 913425
011-28839331

Mengapa perlu makan Multivitamin?



Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh? Menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Multivitamin penting untuk tubuh

Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

@ Menjaga kesihatan jantung.
@ Meningkatkan tahap tenaga
@ Meningkatkan sistem imun tubuh
@ Menguatkan tulang
@ Kesihatan mata dan penglihatan
@ Menjaga kualiti kulit sihat

Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

FB : Atie Kamis

FB Page : Nutri Healthy
SID : 913425
011-28839331

BENGKAK SUSU @ BLOCKED DUCT

BENGKAK SUSU @ BLOCKED DUCT

Kejadian blocked duct atau duktus susu tersumbat sering kali terjadi apabila payudara tidak dikosongkan dengan SEMPURNA. Lazimnya keadaan ini terjadi kepada ibu menyusu yang mempunyai produksi susu yang tinggi. Antara punca berlakunya perkara ini adalah tempoh antara dua sesi penyusuan yang terlalu lama, proses cerai susu yang terlalu drastik mahupun penggunaansaiz corong breast shield yang tidak sesuai. Keadaan duktus susu tersumbut yang tidak dirawat bukan sahaja boleh mengakibatkan penghasilan susu menjadi kurang malah boleh turut menyebabkan mastitis kerana susu yang masih tertinggal menjadi tempat pembiakan bakteria yang baik.

Simptom:

• kehadiran benjolan keras atau bengkak pada payudara walaupun setelah menyusukan atau pump
• penghasilan susu yang merundun
• terdapat tompok putih pada puting yang dikenali sebagai “bleb”

Susu dalam payudara yang tidak dikosongkan dengan sebaiknya akan menjadi lebih pekat dan melekit. Kerana itulah, ada di kalangan ibu yang mendapati walaupun mereka telah direct feeding mahupun pump, keadaan bengkak atau benjolan tersebut masih tidak surut. Apabila perkara ini berlaku, adalah penting untuk payudara tersebut dituam bagi melancarkan aliran susu di kawasan yang tersumbat.



Rawatan & pencegahan susu tersumbat

Rawatan:

• Tingkatkan kekerapan direct feeding bagi memastikan payudara dapat dikosongkan
• Urut pada bahagian payudara yang bengkak bagi membantu melancarkan aliran susu sekaligus merawat      
   keadaan duktus yang tersumbat
• Tuam payudara bagi mengembangkan saluran duktus susu dan mencapai letdown dengan lebih cepat. 
   Gunakan 
heating pad sebelum menyusu sekiranya perlu. 
• Tekan pada kawasan benjolan semasa proses penyusuan sedang berlangsung
• Mandi dengan air panas dan halakan payudara terus pada air yang mengalir
• Jalankan terapi ultrasound (perlu ke klinik bagi prosidur ini)

Pencegahan:

• Selalu ubah posisi penyusuan agar pengaliran susu menjadi rata bagi kesemua bahagian payudara
• Elak daripada menggunakan bra yang terlalu ketat
• Mengambil lecithin bagi mengelakkan daripada recurring blocked duct
• Memastikan payudara dikosongkan dengan sempurna setiap kali selepas sesi penyusuan selesai. Sekiranya 
  perlu, pump setelah anak selesai menyusu bagi mengeluarkan saki baki susu yang masih terdapat dalam 
  payudara