Wednesday 25 June 2014

Panduan ubat untuk wanita hamil




Ramai tahu, ada ubat yang boleh menjejaskan kehamilan. Namun, tidak ramai tahu apakah jenis ubat yang dimaksudkan. Sebenarnya, kebanyakan ubat yang ada di pasaran, tidak diketahui kesannya terhadap kehamilan. Ini kerana tidak banyak ubat yang melalui ujian klinikal ke atas wanita hamil. Tambahan pula, tiada wanita hamil yang sanggup dirinya dijadikan sebagai bahan ujian. Jika sanggup sekalipun, ia melanggar etika perubatan. Namun begitu, masih ada beberapa jenis ubat yang selamat untuk digunakan. Anda boleh mengetahui sama ada ubat itu selamat ataupun sebaliknya dengan mengenal pasti kategori ubat. Kebanyakan ubat akan ditulis kategorinya sama ada A, B, C, D atau E(X)

A – Ubat yang datang daripada kategori ini didapati selamat untuk digunakan sewaktu hamil. Memandangkan tidak banyak ubat yang dikategorikan selamat, antara jenis ubat yang tersenarai dalam kategori ini ialah vitamin biasa dan multivitamin.

B – Senarai ubat dalam kategori ini pula telah diuji ke atas haiwan dan disahkan selamat. Ubat jenis B didapati tidak mendatangkan masalah pada wanita hamil. Namun, ubat jenis ini masih perlu diambil dengan hati-hati. Contoh ubat jenis B ialah antibiotik dan paracetamol.

C – Hasil ujian klinikal mendapati terdapat kesan ke atas haiwan tetapi belum ada ujian yang pernah dijalankan ke atas wanita hamil. Walau bagaimanapun, ubat ini masih boleh digunakan oleh wanita hamil dengan syarat beliau telah diberitahu risiko penggunaannya. Ubat-ubat dalam kategori ini termasuklah anti-depress dan sesetengah jenis antibiotik.

D – Ubat yang tersenarai dalam kategori ini didapati boleh membawa mudarat kepada janin. Contohnya ubat yang digunakan dalam rawatan kanser dan kimoterapi.

E (X) – Selain daripada dicatat sebagai ubat kategori E, kadang-kala ada ubat yang sama dicatatkan sebagai ubat kategori X. Ubat jenis ini disahkan berisiko tinggi menjejaskan janin. Sebagai contoh, thalidomide. Antara lain, ubat jerawat (accutane) sepatutnya tidak diambil sepanjang tempoh kehamilan kerana risiko kelahiran bayi cacat anggota badan

Kesan Sampingan Berbeza

Sebagai wanita hamil, perlu diingatkan bahawa anda hanya dibenarkan mengambil ubat yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Paling penting, jangan makan sebarang jenis ubat tanpa nasihat doktor. Ini kerana, terlalu banyak ubat yang didakwa baik untuk kehamilan tetapi tidak mendapat pengiktirafan KKM. Begitu juga halnya dengan kebanyakan ubat tradisional yang berasaskan herba.

Kebanyakan ubat-ubat ini tiada pengawasan kualiti. Oleh kerana itulah kesan sampingan ubat-ubat ini berbeza di antara satu pengguna dengan pengguna yang lain. Ada sesetengah pengguna yang mengambilnya selamat namun ada segelintir yang lainnya mengalami masalah sewaktu hamil ataupun ketika proses bersalin.

Sebagai ingatan, dalam trimester pertama kehamilan, organ janin sedang terbentuk. Jadi, anda perlu berwaspada dengan ubat yang diambil. Adalah lebih baik jika anda bertanya kepada doktor terlebih dahulu sebelum memakan apa-apa jenis ubat. Begitu juga dengan dua atau tiga minggu sebelum bersalin.


Diakui Selamat

1. Paracetamol
Kebanyakan wanita yang demam ketika hamil takut untuk mengambil ubat. Perlu diketahui! Paracetamol selamat untuk dimakan. Wanita hamil yang demam perlu mengambil paracetamol bagi meredakannya. Jika tidak, dikhuatiri masalah lain pula yang akan timbul apabila suhu badan semakin meningkat.

2. Batuk
Sirap batuk daripada jenis benedril dijamin selamat.

3. Antibiotik
Terdapat tiga jenis kumpulan antibiotik yang dipercayai selamat. Antaranya ialah kumpulan penisilin, cephalosporin dan erythromycin.

4. Asma
Apa-apa sahaja jenis ubat untuk merawat asma adalah selamat dan dijamin tidak meninggalkan kesan buruk kepada kehamilan. Penggunaan inhaler adalah paling selamat.

Tidak Boleh Ambil Langsung !!!

1. Kulit
A. Accutane/ Isotretinoin

Sekiranya pernah mengambil ubat untuk merawat jerawat, anda pasti dinasihatkan doktor untuk tidak hamil dalam tempoh tertentu. Ini kerana risiko kelahiran cacat adalah tinggi iaitu 1:4 kandungan.

B. Tegison/ Etretinate
Bagi pesakit poriasis (sejenis penyakit kulit yang menyebabkannya keras dan gatal), ubat yang diberi adalah lebih bahaya. Kesan ubat ini akan berada dalam badan untuk tempoh yang panjang walaupun pesakit telah menghentikan penggunaannya. Dalam pada itu, ubat ini biasanya tidak akan diberi kepada wanita yang bercadang untuk hamil.

2. Thalidomide
Ubat yang digunakan untuk mengatasi morning sickness ini turut dikenali sebagai world medical disaster. Ini kerana selepas diperkenalkan pada tahun 1958, ubat ini didapati menyebabkan keguguran ataupun bayi lahir tanpa anggota badan.

3. Aspirin
Ubat jenis ini tidak digalakkan untuk diambil kerana risiko pendarahan.

4. Ponstan
Selain ponstan, ubat ini turut dikenali sebagai asid mefenemiuc. Ia tidak boleh diambil kerana dipercayai boleh memberi kesan kepada jantung janin.

Sumber : Utusan Malaysia


Salam sayang,

Atie Kamis

Tuesday 24 June 2014

RAWATAN EKZEMA WANITA HAMIL



Ubat boleh memberi kesan mudarat pada janin sepanjang kehamilan. Masalah kecacatan pada janin mudah berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama (trimester pertama) semasa mengandung terutamanya pada hari ke-18 hingga ke-60 jangka masa hamil. Oleh yang demikian, adalah lebih selamat anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang ubat-ubatan.

Rawatan bagi ekzema semasa hamil adalah sama dengan mereka yang tidak hamil. Cara terbaik ialah dengan melembapkan kulit sebanyak mungkin kerana ini akan mengurangkan kegatalan. Cuba elakkan dari menggunakan krim STEROID  jika boleh.

~~ Steroid mempunyai tahap kekuatan yang berlainan daripada krim yang sangat lemah yang boleh dibeli di kedai-kedai, kepada yang sangat kuat, yang hanya boleh diperolehi melalui priskripsi dan dinasihatkan supaya digunakan selama seminggu atau dua minggu sahaja. Jangan gunakan krim steroid sebagai kaedah pencegahan. Gunakanlah krim pelembap, dan ini boleh diperolehi melalui priskripsi daripada doktor anda. Sapukannya secara menyeluruh beberapa kali sehari jika perlu.

Pada entry yang lepas saya telah menceritakan pasala ekzema yang saya hadapi sejak usia kandungan saya lima bulan. Berdasarkan pengalaman, saya hanya menggunakan krim jenis ointment dua kali sehari pada masa itu. Itupun yang dicadangkan oleh doktor yang biasa merawat saya. Kini selain ointment, saya juga menggunakan krim HERBAL BLEND Shaklee setiap kali selepas cuci tangan untuk mengekalkan kelembapan kulit.




Semoga entry kali ini dapat membantu ibu ibu yang menghadapi masalah ini. The best way tuk rawatan dan perubatan adalah dengan mendapatkan nasihat doktor anda. Semoga ketemu di entry seterusnya. Ingin berkongsi pengalaman jangan segan silu menghubungi saya.


Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy



Monday 23 June 2014

STEROID MERBAHAYA

Krim steroid dan pesakit kulit seperti ekzema sangat sinonim. Penggunaannya memberikan  keselesaan dan melegakan keradangan kulit serta merta.

>> Tahukah anda bahawa STEROID sepatutnya merupakan solusi TERAKHIR dan bukannya yang pertama untuk  meredakan kesan-kesan anti-radang dan anti-alergi kulit.

>> Steroid TIDAK BOLEH MENYEMBUHKAN tetapi hanya boleh menyekat keupayaan badan untuk bertindak balas secara normal.

>> Kekerapan penggunaan steroid sebenarnya memberi KESAN SERTA MERTA, BURUK dan KEROSAKAN KEKAL. Anda juga mungkin akan ketagih untuk menggunakannya.


Kesan Buruk Steroid

KESAN BURUK STEROID !!!

1. Kerosakan sel dalam jangkamasa panjang
2. LUMPUH dan kerosakan tetap
3. OSTEOPOROSIS
4. KATARAK
5. Steroid topikal boleh mula menyebabkan KEROSAKAN MATA atau meningkatkan tekanan selepas dua minggu.
6. Steroid sapuan telah menyebabkan sindrom CUSHING pada kanak-kanak sebaik sahaja sebulan selepas rawatan telah bermula
7. Steroid yang dihidu menyebabkan pertumbuhan LEMBAP pada kanak-kanak selepas enam minggu
8. KEMATIAN


Info lengkap mengenai bahaya steroid boleh didapati daripada laman web berikut : http://ekzemamalaysia.blogspot.com/2013/07/apa-yang-doktor-anda-tidak-beritahu.html


Pilihan di tangan kita :)


Segala pertanyaan / pesanan produk & konsultasi boleh hubungi saya :


Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy

PANDUAN TURUTAN NAFKAH



Sesungguhnya Islam sangatlah mudah. Segalanya telah diberi panduan melalui Al-Quran dan sunah. Hanya kita yang culas dan tidak menuntut ilmu. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;

a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya - ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.


Semoga entry kali ini dapat memberi info dan panduan yang bermanfaat untuk pembaca semua. Berjumpa di coretan yang akan datang. In shaa Allah.


Salam sayang,

Atie Kamis | 913425
PM / whatsApp 011 2883 9331

Sunday 22 June 2014

KISAHKU DAN DIA



Setiap insan punya impian betul tak? Begitu juga saya. Saya inginkan sebuah kehidupan yang lebih baik, tenang dan berjaya. Bukan setakat dunia tapi juga akhirat. Bukanlah hidup yang dahulu tak bahagia. Tetapi seperti ade sesuatu yang masih belum dicapai. Bila bekerja masa untuk famili sangat terhad ditambah dengan beban kerja dan stress buatkan saya sangat letih dan tak bertenaga. Sehinggalah saya dipertemukan dengan insan istimewa, Najihah Sudi, Mentor a.k.a mama shaklee saya.


Bermula sebagai seorang customer akhirnya mendaftar sebagai distributor Shaklee di bawahnya. Orangnya sangat simple, bersahaja tetapi sangat tegas. Saya mula tertarik dengan gayanya. Daripada sekadar untuk makan sendiri, akhirnya saya mula berbisnes step by step. Kekangan masa dan masalah di tempat kerja buatkan saya hilang fokus. Carta saya turun naik kekadang mendatar. Sehinggalah saya mengambi keputusan untuk berhenti kerja pada 20 Februari 2014. Yang menarik, Mentor saya ni dia layan sume anak buah dia sama rata. Tak kira lah nak bisnes  atau makan sendiri. Sume tips dia bagi sama rata. Antara nak cedok atau tak sahaja. Kini dengan izin Allah, saya berjaya bergelar leader di bawah didikannya. Dia sentiasa ada di saat saya amat memerlukan seorang teman berbicara baik masalah kerja juga masalah bisnes. 


Di dalam group, kami seperti sebuah famili. Semuanya mesra walau tak pernah bersua muka. Saling membantu dan mengingati antara satu sama lain. Amalan kehidupan amat dititikberatkan bukan setakat untuk berjaya di dunia sahaja tapi lebih mementingkan keberkatan akhirat. Amalan zikir, solat sunat dan sedekah sentiasa diingatkan. Ini yang membuatkan saya lebih tenang. Walaupun pelbagai dugaan kehidupan melanda, hati seolah tiada pape yang berlaku. Kerana bila kita meletakkan segala pergantungan kepada Yang Maha Kuasa, segalanya rasa dipermudahkan. Ade je jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang dipelajari, berusaha mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Alhamdulillah. Yang paling seronok terutamanya anak anak time cuti sekolah. Boleh balik bercuti sakan kat kampung. Kalau dulu terikat dengan komitmen kerja. Kalau cuti jatuh time payroll closing, cuti dibekukan. Sekarang ni, nak bercuti tak kisah dah.  


Apa yang mentor selalu pesan, nak berjaya kena buang alasan. Flush masuk toilet (ni Master Farihah punya pesan). Yang penting kena usaha sehabis baik, jangan menyerah kalah sebelum waktu dan mintalah dari Allah. Yang ni paling terkesan dalam jiwa saya. Kena percaya dengan kemampuan, kenalpasti kebolehan yang  ada. Konsep inilah yang saya cuba terapkan pada anak-anak. Alhamdulillah, pencapaian kakak sangat meningkat baik dari pembelajaran mahupun sikap. Saya suka bila dia bercakap pada diri dia sendiri sebelum tido, "esok kakak tak nangis bangun pagi, kakak pandai". Sedikit sebanyak, adik pun ikut.  


Selain Mentor, suami dan anak-anaklah pembakar semangat dan tulang belakang saya. Jatuh bangun bisnes, suka duka kehidupan dilalui bersama tanpa keluhan. Anak-anak sangat memahami. Sebabtu saya kena pastikan saya berjaya. Saya perlu kuat dan berjaya demi mereka dan masa depan kami sekeluarga. Kami juga punya impian. Moga dipermudahkan dan dimakbulkan Allah. In shaa Allah. Kena percaya sebelum berjaya. 



Setakat ni je dulu kisah saya dan Shaklee. In shaa Allah akan bersambung di coretan lain. Semoga impian menjadi kenyataan. Semoga lebih banyak kejayaan digapai. 


Salam sayang,

Haryati Kamis | 913425
PM / whatsApp : 011 28839331

Saturday 21 June 2014

ANEKA SUP PERMATA HATI

Assalamualaikum wbt.
Selamat petang. Semangat arini searh pasal resipi yang sesuai tuk anak anak. Ngeri bila terkenang keadaana anak kedua yang sembelit teruk dua ari lepas. Biasalah budak budak memang susah nak makan sayur ni..so alternatif saya selain puri sayur, sup lah kan. At least air rebusan sup tu mengandungi zat sayur tersebut. Kenalah pelahan pelahan kan nak pupuk minat dia orang ngan sayur. Lagipun bila buat sup, sayur dah agak lembut dan lebih mudah nak ditelan anak anak. Ni, saya kongsikan resepi beberapa jenis sup yang sesuai untuk menu anak anak anda. Selamat mencuba. 

Sup Telur Puyuh


Bahan :
  • Telur puyuh rebus 15 butir, kupas
  • Jagung manis pipil 75 g
  • Air 1 liter
  • Sosis ayam 4 buah, potong dadu
  • Wortel 1 buah, potong dadu
  • Daun bawang 1 batang, potong bulat
  • Merica bubuk 1 sdt
  • Baawang putih 2 siung, cincang
  • Bawang bombay ½ buah, cincang
  • Garam secukupnya
  • Kaldu bubuk 1 sdt
  • Minyak goreng 3 sdm
  • Seledri 1 batang, cincang

Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu.
  2. Tuangkan air, garam, kaldu bubuk dan merica bubuk. Masak hingga mendidih.
  3. Masukan wortel dan jagung manis, masak hingga bahan mulai lunak.
  4. Tambahkan sosis, telur puyuh dan daun bawang. Masak hingga matang danbumbu meresap. Angkat, taburi seledri. Sajikan.

Sup Krim Kentang




Bahan :

500 g kentang, kupas, potong-potong
1 sdm mentega
1 siung bawang putih, cincang
20 g bawang bombay cincang
250 ml susu segar
250 ml kaldu ayam
2 sdm krim segar
½ sdt merica bubuk
1 lembar bay leaf
1 sdt garam

Pelengkap:


Keju Cheddar parut
Bread Stick
Keripik Kentang

Cara membuat :

Rebus kentang hingga empuk. Tiriskan.
Tumis bawang bombay dan bawang putih hingga layu.
Masukkan kentang rebus. Aduk hingga rata. Angkat.
Tuang ke dalam mangkuk blender.
Tambahkan susu. Proses hingga lembut.
Tuang ke dalam panci. Tambahkan bahan lainnya.
Didihkan, lalu angkat.
Sajikan dengan Pelengkapnya.


Sup Sayur Makaroni



Rebus segenggam makaroni sampai lembut ; tak perlu letak majerin atau garam (tak mau banyak perisa)
Toskan bila dah masak ye.. jangan biarkan terendam dalam air panas tu!

1 sudu teh minyak bunga matahari untuk menumis (minyak biasa pun ok)

Bahan-bahan untuk ditumis :

1 ulas bawang putih ; hiris nipis
1/4 (suku) bawang merah jenis besar ; hiris nipis
2-3 hiris halia

Bahan-bahan lain :

Potong kecil-kecil ayam bahagian dada ; buang kulit dan tulangnya
1 biji kentang yang saiz sebesar sebiji telur je! ; potong kecil-kecil.
1 biji telur putih sahaja
1/4 biji tomato ; potong 4
1/4 biji capsicum (kurangkan separuh lagi ok) ; hiris nipis
beberapa hirisan lobak merah ; rupa ikut suka
Bawang goreng untuk hiasan

Cara nak masak sup

1. Tumis bahan-bahan untuk ditumis tadi ; mulakan dengan halia, bawang putih dan bawang merah.
2. Agak-agak dah naik bau, masukkan ayam dan kacau dengan senduk hingga masak (keputihan).
3. Masukkan secawan air dan kacau lagi ; api sederhana je!
4. Masukkan ubi kentang dan biar hingga masak/lembut.
5. Masukkan hirisan carrot dan kemudian capsicum ; masak sekejap je!
6. Tuang telur putih dan kacau sikit je.
7. Tambah tomato ; masak sekejap je!
8. Isi sedikit garam ; kurangkan masin daripada hari-hari biasa.

Cara hidangan

1. Sendukkan makaroni ke dalam mangkuk
2. Tuang sup bersama bahan-bahannya ke atas makaroni
3. Tabur sedikit bawang goreng ; biar comel sikit


Salam sayang,

Atie Kamis | 913425
011 2883 9331

SIHAT DAN CANTIK IDAMAN SETIAP WANITA




Setiap wanita di luar sana tak kiralah apa statusnya pasti inginkan kesihatan yang baik serta kelihatan cantik, gojes, menawan dan seertinya lah. Sape tak nak cantik kan? Cantik tak semestinya berkulit putih, bibir merah kan..sangat unik & universal maksudnya dan berbeza mengikut pandangan memasing..betul tak...cukuplah sekadar bersih kulit, kemas dan sedap mata memandang...asalkan suami suka itu lebih afdal...ini pendapat sayalah ;)....Kecantikan adalah dambaan semua wanita..(hohoho macam penah ku dengar tapi tak ingat..pinjam ya!!). Nak cantik di luar kenalah sihat di dalam..ye dak?? Bak kata orang, sihat dalam terserlah di luaran....memang betul..

Petang ni saya nak kongsi pasal Set Kesihatan Wanita ( Women's Health Set) Shaklee. Apa kebaikannya dan kenapa supplemen suplemen ni dicadangkan diambil oleh wanita.

Set Kecantikan Wanita


GLA Complex

♥melegakan kesakitan semasa datang haid, simptom PMS dan senggugut, sakit kepala, mengatur kitaran haid
♥melegakan tanda-tanda putusnya haid~menopos
♥mencantikkan kulit
♥meningkatkan kesuburan
♥mengurangkan alergi dan eczema


OsteMatrix

♥ membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
♥mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
♥membantu memberikan tidur yang lena
♥menghilangkan rasa letih serta lesu
♥membantu masalah sembelit dan buasir
♥melegakan sakit-sakit sendi


Omega Guard

♥ menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata
♥membantu mengurangkan kolesterol, membakar lemak & memperolehi berat badan yang ideal
♥mengurangkan risiko penyakit jantung

Rasa-rasanya kenapa ek 3 supplement ni wajib diambil oleh wanita. Ini anologi saya sendirilah ya, bila otak cerdas, pembuangan lawas, badan pun jadi ringan dan cergas sepanjang hari. Maklumlah wanita ni bekerja lebih 12 jam sehari terutamanya yang bekerjaya. OsteMatrix contohnya bukan sahaja membekalkan sumber kalsium malah memberi tidur yang lebih lena dan melegakan sendi sendi yang bergerak sepanjang hari. Manakala Gla pula menstabilkan hormon wanita agar bebas stress dan mencantikkan kulit. Kandungan Omega 6 dalam Gla dan Omega 3 dalam Omega mengawal kolestrol dan bertindak menurunkan berat badan wanita. Bila mesin sume diservis dengan tip top pasti perkhidmatannya juga mantop kan.





Segala pertanyaan / pesanan produk & konsultasi boleh hubungi saya :

Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy

AWET MUDA DENGAN BIJI ANGGUR

Assalamualaikum wbt

Selamat tengahari dan selamat menjamu selera. Makan apa tengahari ni. Menu saya ikan goreng berlada dan sayur bayam tumis air je. Ringkas je. Sebabtu ade masa nak update blog ni..hihi :)

Pada entry sebelum ni saya ade citer padal vitamin E dan kepentingan SELENIUM di dalam vitamin E. Harini nak share plak pasal kebaikan biji anggur ni. Selain selenium, Vita E Complex Shaklee diperkemas dengan grape seed extract (biji anggur) juga.


Kebaikan ekstrak biji anggur ialah

❤ mengatasi masalah kanser
❤ untuk awet muda
❤ memelihara kecantikan
❤ menguatkan sistem imun badan,
❤ menurunkan paras kolestrol,
❤ menghalang pembentukan darah beku
❤ melegakan masalah berpunca daripada urat timbul
❤ Melambatkan penuaan.


Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain.

~ OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya...OPC juga terikat dengan kolagen utk membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Tak susahkan nak kulit bersih dan halus. Hanya sebiji je vita e sehari. Sangat jimat. Untuk yang ade masalah kulit boleh hubungi saya untuk konsultasi eksklusif 


Segala pertanyaan / pesanan produk & konsultasi boleh hubungi saya :

Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy

Wednesday 18 June 2014

SELENIUM & VITAMIN E

Apa tu SELENIUM??




Asal sebut vitamin e je ramai yang tanya ade selenium ke tak? Apa benda selenium ni? Penting ke? 

~ SELENIUM adalah kompenan dalam sejenis enzim yang dipanggil glutathion peroxidase. Berbentuk cecair yang wujud di dalam dan di sekitar sel di dalam tubuh badan kita. Selenium berfungsi untuk menjaga sel dari kerosakan radikal bebas yang merupakan punca KANSER

Kepentingan selenium





Selenium boleh menghasilkan kesan sinergis sebagai antioksidan yang berfungsi melambatkan pengoksidaan asid lemak tak tepu sehingga dapat membendung bahaya radikal bebas (terutama yang disebabkan oleh sinar matahari dan asap rokok).




Radikal bebas adalah merupakan gugusan atom apa saja yang mempunyai satu atau lebih elektron tak berpasangan. Kerana jumlahnya ganjil, maka tidak semua elektron dapat berpasangan sehingga besifat sangat reaktif. Jika jumlahnya sedikit, radikal bebas boleh dineutralkan dengan sistem enzimatik tubuh. Selain itu radikal bebas merupakan agen pengoksidasi kuat yang boleh merosakkan sistem kekebalan tubuh akibat kerosakan sel.

Sumber makanan yang mengandungi selenium



Berdasarkan kajian, antara makanan yang dikatakan membekalkan mineral silenium adalah seperti berikut:-

  • Telur 
  • Ikan laut seperti ikan tuna, ikan salmon, ikan tengiri
  • Kerang 
  • Tiram
  • Daging merah
  • Brokoli
  • Cendawan 
  • Tomato
  • Jagung
  • Bayam
  • Tempe, dan tahu

Tahukah anda??


Vita E Complex  Shaklee dilengkapi 10mcg selenium bagi melengkapkan fungsi vitamin e tersebut. Selenium bekerja bersama-sama dengan  vitamin E yang terletak di dalam selaput sel untuk mempertahankan sel dan tisu badan kita daripada dimusnahkan. Pengambilan vitamin e tanpa selenium boleh mengakibatkan ia bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana vitamin e tersebut tidak bertindak secara sempurna. Walau bagaimanapun, Selenium tidak boleh diambil melebihi 100mcg sehari kerana ia boleh menjadi toksin dalam tubuh. 


Segala pertanyaan / pesanan produk & konsultasi boleh hubungi saya :


Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy

Tuesday 17 June 2014

Alfalfa Si Raja Herba







Alfalfa, raja segala herba, adalah produk signature shaklee. Ia bukan alfalfa biasa, ia alfalfa bergred tinggi yang ditanam secara organik di California, bebas pesticide dan herbicide malah menggunakan baja tanpa bahan kimia.Alfalfa sangat kaya dengan asid amino, protein, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.



Alfalfa mempunyai 1001 khasiat, antaranya:-

√ mencuci hati, darah dan usus
√ melawan allergy, resdung, ekzema, gegata kulit, kulat air pada kaki dengan berkesan
√ memperbaiki penghadaman, kembung, gastrik, ulser
√ melawaskan dan mengelakkan sembelit
√ melawan arthritis
√ melegakan keletihan, menjadikan badan lebih ringan
√ membuang asid urik yang berlebihan, sesuai utk pesakit gout
√mengurangkan keputihan bagi wanita
√ bertindak seperti kacip fatimah, memberi lebih 'grip', dan mengelakkan kekeringan ketika bersama
√ digunakan sebagai ikhtiar utk hamil dan meningkatkan kesuburan, alfalfa menyihatkan dalaman dan rahim wanita
√ menyingkirkan kolesterol kerana ia bertindak sebagai serat yang menyerap lemak dan kolesterol- diambil bersama lecithin untuk membanty mengurangkan berat badan
√ bertindak sebagai milk booster
√ salah satu cara untuk detox, menyingkirkan toxin supaya penyerapan vitamin lain kebih berkesan dan dengan detox dapat mengurangkan jerawat.

Ia dikatakan tumbuhan terbaik yg mengandungi segala zat keperluan harian. Daun Alfalfa kaya dgn chlorophyll. Dalam chlorophyll mengandungi magnesium.


Tahukah anda?
⭐Kekurangan magnesium akan mengganggu masalah kesihatan sepertt mudah resah & panik, asthma, darah beku, cystitis, detoksifikasi, depresi, masalah jantung, diabetes, darah tinggi, insomnia, masalah buah pinggang, penyakit hati, migrain, sakit saraf, osteoporosis dan banyak lagi.
⭐Gabungan kalsium dan magnesium membantu mengawal tekanan darah dan paru-paru.
⭐Magnesium mencegah karies gigi dgn memegang kalsium dalam enamel gigi dan menyokong fungsi normal sistem imun


Berikut merupakan khasiat alfalfa secara terperinci lagi

(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Kaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita.
      - Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.


(8) As a galactagouge.
     - Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.


testimoni pengguna




Segala pertanyaan / pesanan produk & konsultasi boleh hubungi saya :


Haryati Kamis | 913425

Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB
Atie Kamis
FB Page Nutri Healthy

COD sekitar Bangi, Sg Chua Kajang, Serdang