Tuesday 25 February 2014

Makanan Pembakar Kalori


Kalori adalah satu tenaga yang ada pada makanan. Apa yang anda makan memberikan kalori dan akan diproses untuk menjadi tenaga. Sebaliknya, jika anda mengambil kalori yg berlebihan, ia akan diproses menjadi lemak dan menjadikan berat badan anda bertambah.


Kalori juga terdapat dalam beberapa kandungan makanan seperti lemak, karbohidrat dan protein.

♡ 1g lemak = 9 kalori
♡ 1g karbohidrat = 4 kalori
♡ 1g protein = 4 kalori

→ keperluan kalori normal adalah sekitar 2000 kalori

Ramai orang tidak menyedari bahawa kalori diambil lebih daripada keperluan harian (2.000 kalori/ hari) sehingga kegemukan pun menjadi masalah yang dialami hampir setiap orang. Salah satu cara membakar kalori adalah dengan berolahraga atau bersenam.

Walau bagaimanapun, kekangan masa menyebabkan ramai di antara kita mengabaikan aktiviti senaman ini. Tanpa kita sedari sebenarnya corak pemakanan juga memainkan peranan untuk meningkatkan metabolisme diri. Dengan ini, lebih banyak kalori akan dibakar. Terdapat pelbagai makanan yang dapat membantu dalam menigkatkan metabolisme badan. Antaranya ialah :-



  • Teh hijau
         ~ pengambilan teh hijau secara kerap dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme seseorang dan seterusnya membantu membakar kalori dengan lebih banyak.

  • Limau atau cuka
         ~ campuran sedikit limau atau cuka di dalam makanan dipercayai dapat membantu melambatkan rasa lapar. Dengan demikian ia dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan berlebihan secara kerap.

  • Air sejuk
         ~ Tahukah anda bahawa dengan meminum air masak yang disejukkan terlebih dahulu sebanyak lapan gelas sehari dapat membantu membakar 200 kalori (bersamaan seperti berlari sejauh 4.8km).

  • Halia
         ~ Halia dipercayai meningkatkan kadar metabolisme dan membakar kalori bilamana badan memerlukan tenaga tambahan.

  • Cili atau lada
         ~ Cili mengandungi capsaicin yang dikatakan dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya membakar lemak berlebihan dalam badan. Sekaligus, cili  bertindak meningkatkan metabolisme tubuh yang membuat proses pembakaran kalori jadi lebih efektif. Proses pembakaran tersebut biasanya berlangsung 20 minit selepas pengambilan cili




Segala pertanyaan dan konsultasi berkaitan produk Shaklee boleh hubungi saya di :

Atie Kamis
Page : Nutri Healthy
SID : 913425
PM/WhatsApp : 011-28839331

Categories:

0 comments:

Post a Comment