Sunday 17 August 2014

ELAKKAN MASALAH NYANYUK DENGAN VITAMIN INI



Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.


Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.


Punca-punca Penyakit Nyanyuk @ Dimentia / Nyanyuk


Genetik boleh meningkatkan risiko, tetapi saintis percaya gabungan keturunan, alam sekitar, dan faktor-faktor gaya hidup turut memainkan peranan penting.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan demensia :


  • Penyakit yang menyebabkan kemerosotan atau kehilangan sel-sel saraf di dalam otak seperti Alzheimer, Parkinson dan Huntington
  • Penyakit yang memberi kesan kepada saluran darah, seperti strokReaksi toksik , seperti alkohol yang berlebihan atau penggunaan dadah
  • Kekurangan pemakanan seperti vitamin B12
  • Jangkitan yang memberi kesan kepada otak dan saraf tunjang, seperti AIDS
  • Sesetengah jenis hydrocephalus, satu pengumpulan cecair dalam otak yang boleh menyebabkan keabnormalan perkembangan, jangkitan, kecederaan, atau tumor otak
  • Kecederaan kepala - sama ada kecederaan kepala yang teruk atau kecederaan kecil kronik yang sering berlaku dari sukan tinju atau kemalangan
  • Penyakit-penyakit lain daripada otak, seperti buah pinggang, hati, dan penyakit paru-paru, semua boleh membawa kepada demensia. Alzheimer menyebabkan 50% kepada 60% daripada semua demensia.



Tanda-tanda demensia


Gejala demensia berbeza-beza bergantung kepada punca, tetapi tanda-tanda dan gejala biasa termasuk:

  • Hilang ingatan
  • Kesukaran berkomunikasi
  • Kesukaran dengan tugas-tugas yang komplek
  • Masalah dengan merancang dan mengatur
  • Kesukaran dengan koordinasi dan fungsi motor
  • Masalah dengan kekeliruan, seperti sesat
  • Perubahan personaliti
  • Ketidakupayaan dan tingkah laku yang tidak sesuai
  • Paranoia, pergolakan dalaman dan halusinasi


Vitamin B12 adalah vitamin yang diperlukan untuk menguatkan memori dan ingatan. Salah satunya adalah kolin yang boleh diperolehi dari sumber makanan seperti hati ayam, susu dan daging.

Kolin mempunyai banyak fungsi untuk tubuh badan seperti pelindung sel membran dan melindungi hati kita dari pengumpulan lemak. Namun fungsinya yang utama adalah sebagai penghubung isyarat di antara sel-sel otak.

Kekurangan kolin akan menyebabkan masalah saraf otak yang menyumbang kepada masalah nyanyuk yang sering terjadi kepada warga emas.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Oxford mendapati imbasan otak daripada sekumpulan warga emas yang mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 dan kolin adalah 6 kali kurang mendapat masalah nyanyuk berbanding mereka yang tidak mengambil vitamin B12. Ini menunjukkan kepentingan kolin dalam pembangunan otak sepanjang hayat.



Tahukah anda bahawa Lecithin Shaklee mengandungi 80mg kolin di samping 520mg lecithin soya dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Pengambilan lecithin yang konsisten dipercayai dapat mempertingkatkan daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.


Salam sayang,

Atie Kamis | 913425
011 2883 9331

0 comments:

Post a Comment