Daun kesum disebut juga di sesetengah tempat sebagai daun cenohom atau rau ram namanya di Vietnam, phak phai @phrik maa ( Thailand ) adalah tumbuhan renek kategori herba berasal dari Asia Tenggara yang tumbuh meliar di kawasan-kawasan lembap seperti di tepi parit, sawah dan sebagainya. Ia mudah ditanam dan dijaga kerana sifatnya yang cepat membiak.
Di Thailand ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad. Di Malaysia pula ia dijadikan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti laksa Penang selain dimakan mentah sebagai ulaman oleh mereka yang cenderung menjaga kesihatan secara alami.
Dipercayai ia kaya dengan beta kerotena,vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium,kalsium dan fosforus.
Antara kelebihan daun kesum ini ialah :
- Menguatkan daya penglihatan ~ khasiat Vitamin A (beta kerotena) meningkatkan daya penglihatan
- Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman ~ Amalkan meminum air rebusan daun kesum sama ada dua minggu atau sebulan sekali untuk melancarkan sistem pencernaan.
- Mengharumkan tubuh
- Mengatasi masalah keputihan
- Mengatasi masalah kelemumur ~ Untuk mengatasi kelemumur, tumbuk sehingga lumat daun ini, tapis dan ambil patinya. Campurkan sedikit air lalu gosokkan perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit sebelum dibilas
- Baik untuk wanita lepas bersalin
Untuk mengatasi masalah ketidakhadaman, mengharumkan tubuh dan bagi wanita lepas bersalin, anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam. Air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah keputihan. Jika kurang suka dengan baunya, jadikan ulam yang dimakan mentah (suami saya memang makan sebagai ulam ulaman je, makan mentah).
Salam sayang,
0 comments:
Post a Comment