Thursday 9 October 2014

ANAK PERMATA HATI : Mendidik anak

Assalamualaikum, selamat malam. 

Setelah beraya beberapa hari, kini kembali dengan rutin harian semula. Minggu peperiksaan tak lama lagi, kebanyakan pelajar akan menghadapi peperiksaan akhir tahun bermula minggu hadapan. Begitu juga dengan anak saya, permata hati saya. 





Masalahnya anak saya ni kedua-duanya sangat akif dan kurang fokus bila mengulangkaji pelajaran. Mereka lebih berminat dengan dunia luar, minat explore benda-benda baru dan aktiviti riadah. Biasalah kan, budak-budak. Walau bagaimanapun, di sudut hati kecil saya tetap risau dengan perkembangan mereka. Adakah anda juga mengahadapi masalah seperti saya. Hasil daripada Pak Google, ingin saya kongsikan sedikit info yang diperolehi untuk rujukan dan panduan kita bersama.
Antara tip untuk mendidik anak agar lembut hatinya adalah seperti berikut :-

1. Pastikan dia makan malam sebelum waktu maghrib    
  • Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar.  
  • Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap.  
  • Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu menenangkan fikiran anak dan sebagai antibodi badan agar anak kekal sihat.    
2. Banyakkan memeluk anak.     
  • Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji    
  • Agar usaha pembelajaran diberkati
4. Mulakan pembelajaran dengan membaca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah.     
  • Surah Al-Insyirah untuk menguatkan ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Hiasi ruang belajar dengan pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.



7. Bacakan di kepala anak surah Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah     
  • Untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar.     
  • Amalkan membaca pada waktu malam semasa nak belajar, bisikan di telinga anak-anak ketika mereka hampir tidur dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren.     
  • Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
9. Biasakan anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. 

11. Kita sebagai ibu bapa hendaklah semak semula hubungan kita dengan Allah. Back to basic. 

  Antara amalan yang perlu diamalkan oleh ibu bapa adalah :
  • Jaga solat 5 waktu 
  • Melakukan solat taubat beristighfar, solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat witir setiap malam. 
  • Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
  • Mengamalkan membaca Surah Ibrahim, ayat 40. Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
  • Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. 
  • Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
  • Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr, ayat 21-24, Surah Toha, ayat 1-5  dan Ayat Qursi 

  • Amalkan baca Bismillah 3 kali dan memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah dan melangkah dengan kaki kanan dahulu. 
  • Sentiasa membaca zikir Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar.
  • Nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. 
  • Amalkan setiap hari agar dipermudahkan segala urusan oleh Allah Yang Maha Besar. Teruskan berdoa kepada Allah. In shaa Allah

Salam sayang,

Haryati Kamis





Sumber: 

www.tudungsicomel.com
Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

0 comments:

Post a Comment