Wednesday 1 October 2014

SEMBELIT !! Trauma yang menyakitkan

Gara-gara anak kedua pernah mengalami sembelit yang agak kronik sehingga perlu dikorek bagi membantu najis keluar, hati saya terpanggil untuk mencari gali tentang sembelit ni. Jom saya share kan apa yang saya dapat untuk info anda semua. Jangan pandang ringan masalah sembelit ni.



Sembelit berlaku apabila anda susah buang air besar kerana sebab sebab tertentu seperti kurang minum air, kurang fibre, ignore perasaan nak 'membuang' dan sebagainya. Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari.
Sembelit juga ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengerang (straining), sakit sewaktu buang air, dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering.

Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.

                                

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Sebab-Sebab berlakunya sembelit:




Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. 

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:



  • Kurang Air adalah perkara pertama yg sering dikaitkan dgn sembelit. ~ Kurang makan serat buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Buat tak tahu perasaan ingin membuang air besar.
  • Kurang bergerak atau bersenam
  • Kesan ubat ubatan spt ubat batuk (codein), ubat gastrik, penenang
  • Stress, sedih dan risau boleh menyebabkan sembelit
  • Perubahan Hormon seperti mengandung, haid, menopouse. 
  • Bagi yang mengandung hormone progesterone yg tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan sembelit.

Umur yang lanjut juga merupakan faktor berlakunya masalah sembelit. Selain itu, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan biasanya mempunyai usus yang kurang aktif dan sakit dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit. Tandas yang jauh dari rumah (tandas kampung) menyebabkan seseorang itu takut untuk keluar malam untuk buang air, juga walaupun nampak remeh, menyebabkan masalah sembelit.

Cara Mengatasinya:

  1. Banyakkan minum air 2-3L sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir
  2. Makan lebih banyak serat, terutamanya dari sumber sayur sayuran, buah buahan, bijirin seperti oat, nestum. Saiz hidangan sehari 3 senduk sayur , 2 hidangan buah-buahan sehari. Serat tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum)
  3. Lakukan senaman, sekurang kurangnya 3kali seminggu tidak kurang drp 45minit. Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.
  4. Paling PENTING jangan malas buang air besar OK 


Salam sayang,

Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy







0 comments:

Post a Comment