Thursday 20 February 2014

Senaman Kardio - cara mudah kempiskan perut



Apa itu senaman kardio? 

Senaman kardio ialah sejenis pergerakkan yang berulang-ulang yang boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan berpeluh lebih banyak daripada biasa.

Kelebihan senaman kardio ialah membakar banyak kalori. Jika dilakukan lebih daripada 30 minit, senaman kardio mampumembakar lemak jika kena pada caranya.

Cadangan saya, lakukan senaman kardio 2-3 kali seminggu.

Contoh senaman kardio ialah:

  • Jogging
  • Berenang
  • Berbasikal
  • Menari
  • Skipping
  • Lompat bintang

Cara Melakukan Senaman Kardio


  • Andai kata anda memilih untuk berjogging. Jika anda berjogging pada waktu pagi, sila berjongging sebelum mengambil apa-apa sarapan kecuali air kosong. Jika anda berjogging pada waktu petang, pastikan anda tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman 3-4jam sebelum berjogging kecuali air kosong.
  • Lakukan senaman regangan dan panaskan badan sebelum berjogging untuk mengelakkan kecedaraan dalaman dan melancarkan peredaran darah.
  • Berjongging pada kelajuan sederhana pada 20 minit pertama. Kemudian kurangkan kelajuan pada 10 minit terakhir.
  • Selepas 30 minit berjogging, jangan terus berhenti. Berjalan-jalan lah untuk meredakan penat dan menyejukkan badan.
  • Minum air secukupnya selepas berjogging.



Atie Kamis
011-28839331

Categories:

0 comments:

Post a Comment