Setiap insan punya impian betul tak? Begitu juga saya. Saya inginkan sebuah kehidupan yang lebih baik, tenang dan berjaya. Bukan setakat dunia tapi juga akhirat. Bukanlah hidup yang dahulu tak bahagia. Tetapi seperti ade sesuatu yang masih belum dicapai. Bila bekerja masa untuk famili sangat terhad ditambah dengan beban kerja dan stress buatkan saya sangat letih dan tak bertenaga. Sehinggalah saya dipertemukan dengan insan istimewa, Najihah Sudi, Mentor a.k.a mama shaklee saya.
Bermula sebagai seorang customer akhirnya mendaftar sebagai distributor Shaklee di bawahnya. Orangnya sangat simple, bersahaja tetapi sangat tegas. Saya mula tertarik dengan gayanya. Daripada sekadar untuk makan sendiri, akhirnya saya mula berbisnes step by step. Kekangan masa dan masalah di tempat kerja buatkan saya hilang fokus. Carta saya turun naik kekadang mendatar. Sehinggalah saya mengambi keputusan untuk berhenti kerja pada 20 Februari 2014. Yang menarik, Mentor saya ni dia layan sume anak buah dia sama rata. Tak kira lah nak bisnes atau makan sendiri. Sume tips dia bagi sama rata. Antara nak cedok atau tak sahaja. Kini dengan izin Allah, saya berjaya bergelar leader di bawah didikannya. Dia sentiasa ada di saat saya amat memerlukan seorang teman berbicara baik masalah kerja juga masalah bisnes.
Di dalam group, kami seperti sebuah famili. Semuanya mesra walau tak pernah bersua muka. Saling membantu dan mengingati antara satu sama lain. Amalan kehidupan amat dititikberatkan bukan setakat untuk berjaya di dunia sahaja tapi lebih mementingkan keberkatan akhirat. Amalan zikir, solat sunat dan sedekah sentiasa diingatkan. Ini yang membuatkan saya lebih tenang. Walaupun pelbagai dugaan kehidupan melanda, hati seolah tiada pape yang berlaku. Kerana bila kita meletakkan segala pergantungan kepada Yang Maha Kuasa, segalanya rasa dipermudahkan. Ade je jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang dipelajari, berusaha mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Alhamdulillah. Yang paling seronok terutamanya anak anak time cuti sekolah. Boleh balik bercuti sakan kat kampung. Kalau dulu terikat dengan komitmen kerja. Kalau cuti jatuh time payroll closing, cuti dibekukan. Sekarang ni, nak bercuti tak kisah dah.
Apa yang mentor selalu pesan, nak berjaya kena buang alasan. Flush masuk toilet (ni Master Farihah punya pesan). Yang penting kena usaha sehabis baik, jangan menyerah kalah sebelum waktu dan mintalah dari Allah. Yang ni paling terkesan dalam jiwa saya. Kena percaya dengan kemampuan, kenalpasti kebolehan yang ada. Konsep inilah yang saya cuba terapkan pada anak-anak. Alhamdulillah, pencapaian kakak sangat meningkat baik dari pembelajaran mahupun sikap. Saya suka bila dia bercakap pada diri dia sendiri sebelum tido, "esok kakak tak nangis bangun pagi, kakak pandai". Sedikit sebanyak, adik pun ikut.
Selain Mentor, suami dan anak-anaklah pembakar semangat dan tulang belakang saya. Jatuh bangun bisnes, suka duka kehidupan dilalui bersama tanpa keluhan. Anak-anak sangat memahami. Sebabtu saya kena pastikan saya berjaya. Saya perlu kuat dan berjaya demi mereka dan masa depan kami sekeluarga. Kami juga punya impian. Moga dipermudahkan dan dimakbulkan Allah. In shaa Allah. Kena percaya sebelum berjaya.
Setakat ni je dulu kisah saya dan Shaklee. In shaa Allah akan bersambung di coretan lain. Semoga impian menjadi kenyataan. Semoga lebih banyak kejayaan digapai.
Salam sayang,
Haryati Kamis | 913425
PM / whatsApp : 011 28839331
0 comments:
Post a Comment