Tuesday 24 June 2014

RAWATAN EKZEMA WANITA HAMIL



Ubat boleh memberi kesan mudarat pada janin sepanjang kehamilan. Masalah kecacatan pada janin mudah berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama (trimester pertama) semasa mengandung terutamanya pada hari ke-18 hingga ke-60 jangka masa hamil. Oleh yang demikian, adalah lebih selamat anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang ubat-ubatan.

Rawatan bagi ekzema semasa hamil adalah sama dengan mereka yang tidak hamil. Cara terbaik ialah dengan melembapkan kulit sebanyak mungkin kerana ini akan mengurangkan kegatalan. Cuba elakkan dari menggunakan krim STEROID  jika boleh.

~~ Steroid mempunyai tahap kekuatan yang berlainan daripada krim yang sangat lemah yang boleh dibeli di kedai-kedai, kepada yang sangat kuat, yang hanya boleh diperolehi melalui priskripsi dan dinasihatkan supaya digunakan selama seminggu atau dua minggu sahaja. Jangan gunakan krim steroid sebagai kaedah pencegahan. Gunakanlah krim pelembap, dan ini boleh diperolehi melalui priskripsi daripada doktor anda. Sapukannya secara menyeluruh beberapa kali sehari jika perlu.

Pada entry yang lepas saya telah menceritakan pasala ekzema yang saya hadapi sejak usia kandungan saya lima bulan. Berdasarkan pengalaman, saya hanya menggunakan krim jenis ointment dua kali sehari pada masa itu. Itupun yang dicadangkan oleh doktor yang biasa merawat saya. Kini selain ointment, saya juga menggunakan krim HERBAL BLEND Shaklee setiap kali selepas cuci tangan untuk mengekalkan kelembapan kulit.




Semoga entry kali ini dapat membantu ibu ibu yang menghadapi masalah ini. The best way tuk rawatan dan perubatan adalah dengan mendapatkan nasihat doktor anda. Semoga ketemu di entry seterusnya. Ingin berkongsi pengalaman jangan segan silu menghubungi saya.


Haryati Kamis | 913425
Call /SMS /whatsApp 011-2883 9331
FB : Atie Kamis
FB Page : Nutri Healthy



Categories:

0 comments:

Post a Comment