Saturday 21 June 2014

ANEKA SUP PERMATA HATI

Assalamualaikum wbt.
Selamat petang. Semangat arini searh pasal resipi yang sesuai tuk anak anak. Ngeri bila terkenang keadaana anak kedua yang sembelit teruk dua ari lepas. Biasalah budak budak memang susah nak makan sayur ni..so alternatif saya selain puri sayur, sup lah kan. At least air rebusan sup tu mengandungi zat sayur tersebut. Kenalah pelahan pelahan kan nak pupuk minat dia orang ngan sayur. Lagipun bila buat sup, sayur dah agak lembut dan lebih mudah nak ditelan anak anak. Ni, saya kongsikan resepi beberapa jenis sup yang sesuai untuk menu anak anak anda. Selamat mencuba. 

Sup Telur Puyuh


Bahan :
  • Telur puyuh rebus 15 butir, kupas
  • Jagung manis pipil 75 g
  • Air 1 liter
  • Sosis ayam 4 buah, potong dadu
  • Wortel 1 buah, potong dadu
  • Daun bawang 1 batang, potong bulat
  • Merica bubuk 1 sdt
  • Baawang putih 2 siung, cincang
  • Bawang bombay ½ buah, cincang
  • Garam secukupnya
  • Kaldu bubuk 1 sdt
  • Minyak goreng 3 sdm
  • Seledri 1 batang, cincang

Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu.
  2. Tuangkan air, garam, kaldu bubuk dan merica bubuk. Masak hingga mendidih.
  3. Masukan wortel dan jagung manis, masak hingga bahan mulai lunak.
  4. Tambahkan sosis, telur puyuh dan daun bawang. Masak hingga matang danbumbu meresap. Angkat, taburi seledri. Sajikan.

Sup Krim Kentang




Bahan :

500 g kentang, kupas, potong-potong
1 sdm mentega
1 siung bawang putih, cincang
20 g bawang bombay cincang
250 ml susu segar
250 ml kaldu ayam
2 sdm krim segar
½ sdt merica bubuk
1 lembar bay leaf
1 sdt garam

Pelengkap:


Keju Cheddar parut
Bread Stick
Keripik Kentang

Cara membuat :

Rebus kentang hingga empuk. Tiriskan.
Tumis bawang bombay dan bawang putih hingga layu.
Masukkan kentang rebus. Aduk hingga rata. Angkat.
Tuang ke dalam mangkuk blender.
Tambahkan susu. Proses hingga lembut.
Tuang ke dalam panci. Tambahkan bahan lainnya.
Didihkan, lalu angkat.
Sajikan dengan Pelengkapnya.


Sup Sayur Makaroni



Rebus segenggam makaroni sampai lembut ; tak perlu letak majerin atau garam (tak mau banyak perisa)
Toskan bila dah masak ye.. jangan biarkan terendam dalam air panas tu!

1 sudu teh minyak bunga matahari untuk menumis (minyak biasa pun ok)

Bahan-bahan untuk ditumis :

1 ulas bawang putih ; hiris nipis
1/4 (suku) bawang merah jenis besar ; hiris nipis
2-3 hiris halia

Bahan-bahan lain :

Potong kecil-kecil ayam bahagian dada ; buang kulit dan tulangnya
1 biji kentang yang saiz sebesar sebiji telur je! ; potong kecil-kecil.
1 biji telur putih sahaja
1/4 biji tomato ; potong 4
1/4 biji capsicum (kurangkan separuh lagi ok) ; hiris nipis
beberapa hirisan lobak merah ; rupa ikut suka
Bawang goreng untuk hiasan

Cara nak masak sup

1. Tumis bahan-bahan untuk ditumis tadi ; mulakan dengan halia, bawang putih dan bawang merah.
2. Agak-agak dah naik bau, masukkan ayam dan kacau dengan senduk hingga masak (keputihan).
3. Masukkan secawan air dan kacau lagi ; api sederhana je!
4. Masukkan ubi kentang dan biar hingga masak/lembut.
5. Masukkan hirisan carrot dan kemudian capsicum ; masak sekejap je!
6. Tuang telur putih dan kacau sikit je.
7. Tambah tomato ; masak sekejap je!
8. Isi sedikit garam ; kurangkan masin daripada hari-hari biasa.

Cara hidangan

1. Sendukkan makaroni ke dalam mangkuk
2. Tuang sup bersama bahan-bahannya ke atas makaroni
3. Tabur sedikit bawang goreng ; biar comel sikit


Salam sayang,

Atie Kamis | 913425
011 2883 9331

0 comments:

Post a Comment